rangsang I

1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau);

2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dan lain-lain):
saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya …;

3. minuman dan lain-lain yang menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dan lain-lain);

4. (Biologi) = perangsang:
saraf itu mengalirkan ~ dari alat perasa masuk ke otak;

berangsang marah;

merangsang
1. menyebabkan berasa rangsang:
di dapur bau daging ~ hidungnya;

2. membangkitkan sesuatu perasaan (seperti keghairahan, keberanian, kemarahan, dan lain-lain), menimbulkan sesuatu perkembangan dan lain-lain:
kami diberi minuman untuk ~ diri;
larangan daripada mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat untuk bangkit memberontak;
cerpen-cerpen beragam macam dengan hiasan ilustrasi yang cukup ~ selera;
promosi yang ~ minat pengguna;

3. = ~ hati panas hati, marah:
Sutan Ameh ~;
~ hatinya melihat tingkah lakunya itu;

terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dan sebagainya) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dan sebagainya, bersemangat:
dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu;
sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan seperti itu;

berkongsi