bodoh

sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol:
~ sangat budak ini;
masa ~
[Indonesia]
a) tidak acuh, tidak menghiraukan:
dalam hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~;
b) perkara awak (bukan soal saya):
itu masa ~ awak;
~ alang
agak bodoh;
~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak;
~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dan sebagainya orang lain;

sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun:
~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dengan begitu sahaja;

membodohkan
1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh:
budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dengan tidak memasukkannya ke sekolah;

2. menganggap bodoh;

3. mengakali, menipu:
aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku;

kebodohan
1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan;

2. [Jakarta] kesalahan, kekeliruan;

kebodoh-bodohan agak bodoh.

bodi I

[sastera lama] sejenis pokok beringin:
maka diikut oleh baginda ke atas bukit, maka bertemu di bawah ~;
daun ~

a) daun beringin;
b) sejenis ukiran (hiasan pada pelamin).

bodek

1. [bahasa kasar] kemaluan laki-laki;

2. = sakit ~ burut:
burut atau ~ ialah penyakit pasang-pasang;

3. [bahasa percakapan] mengangkat, mengampu, mencari muka:
dia kuat ~, sebab itu dapat naik pangkat;

membodek menyanjung, memuji dan sebagainya seseorang dengan tujuan mendapatkan sesuatu daripadanya, mengampu:
sesiapa yang pandai ~ ketua, barangkali dialah yang akan mendapat penghargaan;

pembodek orang yang suka membodek, pengampu.

bocor

1. lubang tiris (atap, perahu, dan lain-lain), lubang pancit (tayar):
atap ini sudah ada ~nya;
membunuh ~
menutup lubang tiris;

2. berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris:
atap ini sudah ~ benar;

3. terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dan lain-lain):
kertas peperiksaan tahun ini ada yang ~;

4. [bahasa percakapan] selalu buang air;
~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, tidak dapat menutup mulut;

membocorkan
1. menjadikan bocor (tiris dan lain-lain);

2. menjadikan diketahui orang (rahsia dan lain-lain):
ada orang yang telah ~ rahsia itu;

bocoran
1. lubang yang menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk);

2. air yang keluar atau masuk melalui benda yang bocor;

kebocoran
1. perihal bocor:
siapa yang bertanggungjawab atas ~ rahsia itu?

2. mengalami bocor:
sampan itu tidak dapat belayarkerana ~;

pembocoran perihal (perbuatan) membocorkan:
~ rahsia;

pembocor orang yang membocorkan (rahsia).