bobok II

tidur (untuk kanak-kanak):
tidurlah, ~lah, anakku;

membobokkan menidurkan (kanak-kanak).

bob

[bahasa percakapan] gaya rambut untuk wanita dan kanak-kanak yang rambutnya dipotong pendek dengan sekata di sekeliling kepala.

BMA

[kependekan] British Military Administration (Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu ketika tamat Perang Dunia Kedua).

blurb

keterangan ringkas penerbit tentang isi sesebuah buku pada jaket, kulit belakang buku, dan lain-lain .

blues

(Seni Muzik) sejenis muzik berirama perlahan dan sayu yang berasal dari kalangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat.