sejenis piring.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tepen
mangkuk ~ mangkuk tingkat (tempat makanan), siya.
tepek II
[Kelantan];
~ tangan cap jari.
tepek I
barang yang tipis yang melekat atau menempel (tanah liat, kapur, koyok, dan lain-lain):
beberapa ~ koyok;
se~ tembakau selempeng tembakau;
gula ~ gula kelapa atau enau (yang dituang dalam acuan yang tipis);
bertepek menempel, melekat:
usahalah membersihkan arang yang ~ di bawah periuk belanga itu;
bertepek-tepek terpalit oleh lumpur (tanah liat dan lain-lain), comot, kotor:
apabila basah rambut itu ~ seperti ditampal koyok;
menepek, menepekkan menampalkan, melekatkan:
kertas itu ditepek di dinding rumahnya;
penepek alat yang digunakan untuk menepek sesuatu:
~ digunakan untuk menepek bahagian luar bagi menghasilkan bentuk yang dikehendaki;
tepeh
sejenis siput (yang boleh dimakan).
tepaut
beza, selisih:
~nya dua puluh sen;
paut II.
tepat
1. betul (arahnya, tujuannya), lurus:
memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala;
2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), kena benar:
tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dengan ~;
3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dan lain-lain), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul:
~ pada pukul sepuluh malam, kereta api mel dari Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak;
~ tengah hari;
4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok:
ramalannya memang ~ sekali;
5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dan lain-lain), jitu:
tindakan yang ~ hendaklah diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi disiplin bekerja;
6. kena benar (jawaban, perkataan, dan lain-lain), betul:
saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur;
7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah:
jadikan penjurunya ~;
tepatnya
1. sesungguhnya, betulnya, sahnya;
2. tegasnya;
bertepatan
1. bersamaan dengan (waktunya), betul-betul kena waktunya dengan (sesuatu):
surat itu sampai ~ dengan kedatangan sahabat-sahabat;
2. sama benar (dengan), tidak bersalahan atau berlainan sama sekali (daripada), cocok (dengan):
kandungan buku itu ~ dengan sukatan pelajaran;
3. = berketepatan kebetulan pula, berkebetulan;
menepat
1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yang dimaksudkan):
jalan ini ~ ke Seremban;
2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui;
3. terus pergi ke (untuk bermalam dan lain-lain);
menepati
1. berpegang teguh pada (janji, kata, dan lain-lain), tidak memungkiri, menunaikan:
orang yang sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat;
2. bertepatan dengan, tidak bersalahan (berlainan) daripada:
tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yang bersifat kajian sastera mahupun yang memuatkan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dalam kajian ini;
menepatkan
1. menjadikan tepat, menyamakan benar, mencocokkan;
2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dan lain-lain) kepada, mengarahkan;
3. = mempertepat menjadikan betul, memperbaiki;
tepatan
1. tempat atau orang yang didatangi (untuk menumpang bermalam dan lain-lain):
kaum kerabat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman;
2. orang tempat meminta pertolongan (perlindungan dan lain-lain), tempat bernaung;
3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dan lain-lain;
~ jiwa kekasih, buah hati;
~ pandang yang diperhatikan;
ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dengan sesuatu, kejituan:
~ ramalannya itu bertanggungjawab menyelamatkan bandar Melaka daripada kepungan tersebut;
~ semua kajian yang selanjutnya bergantung pada ~ pengklasifikasian;
berketepatan berbetulan, kebetulan;
pertepatan persamaan (waktu dan lain-lain):
terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dalam cerita ini;
penepatan perihal atau perbuatan dan sebagainya menepatkan (menepat, menepati);
penepat sesuatu yang menjadikan tepat;
sudut ~ dua sudut yang apabila dicampurkan merupakan sudut 90 darjah.
tepas III
[sastera lama] arah, hala, penjuru;
empat ~ dunia empat penjuru dunia (timur, barat, utara, dan selatan).
tepas II
(Sunda) serambi, beranda.
tepas I
sejenis anyaman daripada bilah-bilah buluh untuk dinding rumah dan lain-lain, sasak:
surau yang didirikan daripada kayu-kayu bulat, berdindingkan ~ dan beratapkan daun rumbia;
penuh ~ sangat penuh.