[Kelantan] terkepung, terserempak (dengan musuh dan lain-lain).
Category Archives: Kamus Dewan Online
tepang
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar darah (kenanga, miriam, pisang, sesugi, singga, sugi-sugi), jari ayam, kenanga hutan, sekencong, sempuh baruk, Desmodium chinensis.
tepam
menepam
1. menggamak sesuatu dengan telapak tangan untuk mencari (mengetahui sifat sesuatu dan lain-lain), meraba:
~ susu;
2. menepuk atau menampar (bahu, dada, dan lain-lain):
~ bahu.
tepak II
bunyi seperti bunyi orang menampar atau menepuk;
menepak
1. memukul (menangkis) dengan telapak atau belakang tangan:
~ pukulan;
~ senjata;
2. (Sunda) menepuk, menampar:
~ muka.
tepak I
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Fissistigma cyclindricum.
tepak
1. sejenis bekas rokok (tembakau dan lain-lain) yang dibuat daripada daun pandan dan lain-lain, celepa;
2. = ~ sirih sejenis kotak kecil (daripada kayu, logam, dan lain-lain) untuk bekas sirih;
~ jorong bekas sirih yang bulat dan panjang.
tep II
pita bersenggat (dalam ukuran kaki, meter, dan sebagainya) yang digunakan untuk mengukur sesuatu. ~ rekordar [bahasa percakapan] sejenis alat perakam bunyi.
tep I
[Indonesia-Belanda];
mesin ~ mesin tulis, mesin taip.
mentep mengetik, menaip.
teosofi
[Indonesia-Belanda] ilmu kebatinan yang umumnya berdasarkan ajaran-ajaran agama Buddha dan Hindu.
teori
1. pendapat ( bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain:
banyak ~ dikemukakan mengenai kehidupan pada masa prasejarah;
2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan:
~ ekonomi;
3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yang biasanya berlaku);
pada ~nya raja yang memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya;~ atom (Fizik) teori yang menganggap bahawa semua jirim terbina daripada atom;
~ domino teori sains politik yang beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan kemungkinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis;
~ ion (Kimia) teori yang menyatakan bahawa sesuatu bahan yang larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis;
berteori membentuk atau mengemukakan teori:
sekarang ini terlalu ramai yang suka ~ dan bercakap;
berteorikan berdasarkan sesuatu sebagai teori;
menteori membentuk suatu teori:
Fish gagal ~ konvensi pembacaannya;
penteorian proses menghasilkan sesuatu teori.