teorem

(Matematik) prinsip (dalam ilmu geometri) yang telah dibuktikan secara logik;
~ binomial rumus yang membolehkan sesuatu ungkapan binomial digandakan dengan tidak perlu didarab berkali-kali;
~ Pythagoras teorem yang menyatakan bahawa pada segi tiga yang bersudut tepat luas segi empat sama pada garisan sendengnya sama dengan jumlah luas segi empat sama pada sempadan-sempadan sudut tepat itu.

teokrasi

sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara.

tenyeh

menenyeh menekan-nekan dan memicit-micit sesuatu:
dia ~ matanya yang gatal dengan jarinya;

menenyehkan menekankan:
kemudian ditenyehkannya puntung rokoknya ke tempat abu rokok.