teori

1. pendapat ( bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain:
banyak ~ dikemukakan mengenai kehidupan pada masa prasejarah;

2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan:
~ ekonomi;

3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yang biasanya berlaku);
pada ~nya raja yang memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya;~ atom (Fizik) teori yang menganggap bahawa semua jirim terbina daripada atom;
~ domino teori sains politik yang beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan kemungkinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis;
~ ion (Kimia) teori yang menyatakan bahawa sesuatu bahan yang larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis;

berteori membentuk atau mengemukakan teori:
sekarang ini terlalu ramai yang suka ~ dan bercakap;

berteorikan berdasarkan sesuatu sebagai teori;

menteori membentuk suatu teori:
Fish gagal ~ konvensi pembacaannya;

penteorian proses menghasilkan sesuatu teori.

berkongsi