[Jakarta] pipih dan tidak berdaging (punggung):
badannya kurus dan punggungnya ~ .
Category Archives: Kamus Dewan Online
tepok II
[Jawa];
tipu ~ [Minangkabau] berbagai-bagai tipu daya.
tepok I
lumpuh disebabkan oleh sesuatu penyakit (kaki, tangan):
adapun Bendahara Paduka Tuan itu telah tualah, giginya pun habis, kaki pun telah ~ .
tepok
[Jawa] lapuk (kayu dinding rumah dan lain-lain).
tepis II
menepis melayang (melayap dan lain-lain) menyusur tanah (air dan lain-lain), berjejak sedikit.
tepis I
menepis mengelakkan pukulan, serangan, dan sebagainya:
dia mencuba ~ tetapi tidak berjaya;
kemungkinan untuk ~ tindakan tentera pihak musuh;
menepiskan
1. menangkis pukulan (serangan dan lain-lain) dengan belakang tangan:
Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penumbuk Mohammad Ali yang pantas itu;
2. mengibas dengan tangan:
Wahab menepis-nepiskan habuk dari kemejanya.
tepinis
tempinis.
tepi
1. bahagian yang luar sekali (bidang dan lain-lain), pinggir:
~ meja;
2. sesuatu yang dipasang di pinggir (baju, kain, dan lain-lain), birai:
~ tabir;
3. tempat (kawasan) yang di pinggir:
kami pergi berkelah ke ~ laut;
4. perbatasan (kota dan lain-lain), sempadan di antara satu dengan lain;
~ langit perbatasan langit dengan air laut;
menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain;
ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir;
mengetepikan
1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi:
Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu;
2. tidak mementingkan, mengesampingkan:
oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia ~ harga dirinya;
3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan:
pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dalam memberi nilai kepada sesuatu karya sastera;
4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan:
sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara;
5. mengeluarkan (daripada pertandingan dan sebagainya), menyingkirkan, mengesampingkan:
Belanda dengan Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia;
6. membatalkan (keputusan dan lain-lain):
mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi;
terketepi diketepikan, disisihkan:
secara umumnya, siswazah tempatan akan ~ dan tersingkir kerana kekurangan kualiti yang dikehendaki oleh pihak swasta;
pengetepian perihal atau perbuatan mengetepikan:
keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila;
bertepi mempunyai tepi, ada tepinya:
laut ini tidak ~ nampaknya;
bertepikan memakai tepi (birai dan lain-lain):
bajunya ~ benang emas;
menepi
1. pergi ke tepi, meminggir:
maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu;
2. berjalan dan lain-lain mengikut tepi, menyusur (pantai dan lain-lain);
3. [Minangkabau] terbit sedikit-sedikit (air mata);
menepikan membawa ke tepi;
tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor):
sekalian barang itu pun dikumpulkannya untuk dibawanya ke ~;
~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiatan kebudayaan sesuatu daerah;
~ ilmu orang yang banyak pengetahuannya;
~ mata tangkai hati, kekasih.
tepet
menepetkan melekatkan, menempelkan, menepekkan;
tepek I.
tepes
[Jawa] [arkaik] sabut (kelapa).