menepur duduk sahaja di rumah (tidak ke mana-mana).
Category Archives: Kamus Dewan Online
tepur I
[Kelantan];
menepur menggemburkan tanah.
tepung tawar
tepung beras yang bercampur dengan air dan daun setawar (untuk menjampi dan lain-lain);
menepung tawar membaca jampi untuk mengubati penyakit dan lain-lain dengan tepung tawar, menaburkan atau merenjis dengan tepung tawar:
istiadat ~;
menepungtawari menjampi (penyakit dan lain-lain) dengan tepung tawar, menaburkan atau merenjis tepung tawar pada seseorang atau sesuatu:
mudin pun segeralah meramas limau ditepungtawarilah, dibedak, dilimau dan dimandikan akan Awang Sulung.
tepung II
[Minangkabau];
menepung menggocoh, memukul.
tepung I
1. barang yang hancur dan lumat kerana ditumbuk dan lain-lain (beras, gandum, dan lain-lain):
~ jagung;
2. barang-barang yang sedia lumat, bubukan, serbuk:
~ sari;
~ beras tepung yang dibuat daripada beras (untuk membuat kuih);
~ berperasa tepung yang mengandungi serbuk perasa (seperti garam, rempah, daun perasa, dan sebagainya);
~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yang mengandungi serbuk penaik;
~ bungkus sejenis kuih yang diberi berinti;
~ cat serbuk cat;
~ gandum tepung yang dibuat daripada gandum;
~ gomak sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan tepung kacang hijau (berintikan kacang dan gula);
~ jagung tepung daripada jagung, digunakan untuk memekatkan kuah, membuat kuih dan sebagainya;
~ pelita sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras serta gula dan santan yang dikukus;
~ pulut tepung daripada beras pulut, digunakan untuk membuat kuih-muih;
~ sagu tepung daripada sagu;
~ susu serbuk susu;
~ talam sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dalam bokor);
~ torak sejenis kuih daripada tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dan sebagainya;
~ ubi (kanji) tepung yang dibuat daripada ubi kayu;
~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu (peribahasa) hal orang yang tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua;
menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dan lain-lain lumat-lumat) supaya menjadi tepung:
~ beras (jagung);
(seperti hendak) ~ tiada berberas (peribahasa)
a) pekerjaan yang dibuat dengan tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sempurna;
b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada;
tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung:
yang termasuk dalam makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dan lain-lain.
tepuk tangan
tamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi;
bertepuk tangan mengadakan bunyi dengan menamparkan kedua-dua telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dan lain-lain):
kanak-kanak boleh disuruh ~ tangan atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu.
tepuk II
~ lalat sejenis tumbuhan (pokok), benitan putih, kecam, kelat lapis (merah, nasi-nasi, paya, putih), sekujah, Eugenia longiflora.
tepuk I
1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi);
2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:
suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yang ramai di situ;
3. pukulan yang tidak kuat dengan tapak tangan, tepak;
~ dada tamparan di dada;
~ kuduk sanjungan, puji-pujian;
~ sorak (sorai) tepuk tangan yang disertai dengan sorak;
~ tari tepuk tangan sambil menari ;
~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas (peribahasa) baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat;
~ dada tanya selera (peribahasa) sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis;
~ nyamuk menjadi daki (peribahasa) melawan orang yang lemah itu akan memburukkan nama sahaja;
bertepuk
a) ~ tampar bergurau, bersenda:
tidak seperti selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah;
b) bertepuk tangan;
~ sebelah tangan tiada akan berbunyi (peribahasa) tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi daripada satu pihak sahaja;
menepuk memukul dengan telapak tangan (tidak berapa kuat):
dia terkejut ketika isterinya ~ bahunya;
~ dada
a) menampar dada dengan tapak tangan;
b) [kiasan] marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan);
menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali:
aku tersedar apabila dia ~ bahuku dari belakang;
tepukan perbuatan bertepuk (menepuk).
tepu II
(Kimia) keadaan sesuatu zat atau bahan apabila had keupayaan menampung sesuatu zat atau bahan lain telah tercapai;
menepukan menjadikan tepu;
ketepuan perihal (keadaan dan sebagainya) tepu;
penepuan proses (pembuatan dan sebagainya) menepukan.
tepu I
= penuh ~
a) penuh sesak, padat, tumpat:
tempat habuk rokok penuh ~ dengan puntung rokok;
b) segala layar terpasang (kapal, perahu);
c) sarat atau penuh:
seorang ibu yang sentiasa ~ dengan kasih sayang.