terabait

1. jumlah bait sebanyak 240;

2. unit yang digunakan untuk menyatakan kemampuan storan pukal, seperti cakera optik, yang berada dalam lingkungan trilion bait.

tera I

1. tanda atau cap yang dicapkan (dengan lak, timah, dan lain-lain) pada surat-surat penting dan lain-lain;

2. rakaman yang dibuat dengan cap;

3. = cap ~ cap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai;

4. tanda yang menentukan ukuran atau sukatan pada sesuatu alat (dacing dan lain-lain), tanda uji;

5. alat untuk mengecap (mencetak dan lain-lain);

menera
1. membubuh tera, mengecap;

2. membubuh tanda uji (pada alat takaran, timbangan, dan lain-lain);

3. mengecap (buku), mencetak:
buku ini ditera untuk pertama kali pada tahun 1610;

menerakan
1. mengecapkan, mencetakkan;

2. meneladani gambar dan lain-lain (dengan meniru gambar yang asal dan lain-lain), menekap:
benda itu hendaklah diterakan sebesar saiznya yang sebenar;

tertera
1. sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak:
seperti yang ~ dalam rajah 22;

2. tersebut:
asal ~ dalam hadis yang sahih, mereka terimalah;

teraan
1. sesuatu yang ditera, cap-capan, cetakan;

2. cap;

perteraan percetakan.

ter II

[Indonesia-Belanda] tambahan kepada sesuatu fasal selepas seksyen (dalam undang-undang dan lain-lain), seksyen kecil.

ter I

[Indonesia-Belanda];


1. = minyak ~ barang cair berwarna hitam yang diperoleh daripada arang batu dan lain-lain (untuk mengecat rumah dan lain-lain), belangkin, tar;

2. [bahasa percakapan] asfalt;

diter dicat (dilapis) dengan ter.

tepus I

sejenis tumbuhan (herba), lampoyang, lempoyang, Zingiber aromaticum;
~ belalih
sejenis tumbuhan (herba), Languas spp.;
~ halia puar
= ~ tanah = ~ tunduk sejenis tumbuhan (herba), cadak, tepai, Zingiber spectabile;
~ hinggap
= ~ lada = ~ terbang sejenis tumbuhan (pokok menumpang), ubat cacing, Hedychium longecornutum;
~ huma
= ~ kecil = ~ merah sejenis tumbuhan (herba), bolai bukit, puar temu, Zingiber griffithii;
~ kijai
sejenis tumbuhan (herba), puar mengkang, Languas raffesiana;
~ merah
sejenis tumbuhan (herba), puar gajah, puar hijau, puar hutan, Amomum uliginosim.