teraju

1. sejenis alat penimbang yang memakai dua buah piring yang digantungkan pada lengannya, neraca;

2. tali untuk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) untuk menggantung lampu dan lain-lain;

3. tali yang diikatkan pada rangka layang-layang (dari atas ke bawah);

4. [kiasan] kuasa tertinggi, pucuk pimpinan;
~ pemerintahan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan;
~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yang tertinggi);
~ palingan tali, manusia palingan Tuhan (peribahasa) perihal hati yang cenderung kepada kebaikan;
~ yang tak palingan (peribahasa) hukuman yang adil (saksama);

menerajui memegang teraju pimpinan, memimpin, mengetuai, mengendalikan:
usia yang semuda itu dirasakan belum cukup untuk ~ sebuah organisasi yang besar dan penting;
empat orang yang telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yang ~ pimpinan Barisan Nasional;

peneraju orang yang memegang teraju pimpinan.

terajang

tendangan (ke bawah atau ke depan) dengan tapak kaki:
dengan sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur;
~ tumit
menghentakkan tumit ke tanah;

menerajang
1. menendang (ke bawah atau ke depan) dengan tapak kaki:
kaki kanannya ~ lelaki itu;

2. [kiasan] mengetepikan, mengesampingkan:
tetapi apabila datang seorang yang berdarjat, apabila datang orang yang lebih berharta aku diterajangnya;

menerajangkan menendangkan, menyepakkan, mendepakkan:
maka anjing perburuan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air.

terajam

sejenis tumbuhan (pokok), arang para, kelat jantan, kelat layu hutan (laut), kelayu, menterajam, mentajam, rambutan hutan, Erioglossum rubiginosum.

teraflops

(Komputer) unit untuk mengukur kepantasan pemprosesan yang digunakan untuk menyatakan jumlah pengendalian titik terapung per saat dalam lingkungan trilion.