tepat

1. betul (arahnya, tujuannya), lurus:
memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala;

2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), kena benar:
tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dengan ~;

3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dan lain-lain), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul:
~ pada pukul sepuluh malam, kereta api mel dari Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak;
~ tengah hari;

4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok:
ramalannya memang ~ sekali;

5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dan lain-lain), jitu:
tindakan yang ~ hendaklah diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi disiplin bekerja;

6. kena benar (jawaban, perkataan, dan lain-lain), betul:
saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur;

7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah:
jadikan penjurunya ~;

tepatnya
1. sesungguhnya, betulnya, sahnya;

2. tegasnya;

bertepatan
1. bersamaan dengan (waktunya), betul-betul kena waktunya dengan (sesuatu):
surat itu sampai ~ dengan kedatangan sahabat-sahabat;

2. sama benar (dengan), tidak bersalahan atau berlainan sama sekali (daripada), cocok (dengan):
kandungan buku itu ~ dengan sukatan pelajaran;

3. = berketepatan kebetulan pula, berkebetulan;

menepat
1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yang dimaksudkan):
jalan ini ~ ke Seremban;

2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui;

3. terus pergi ke (untuk bermalam dan lain-lain);

menepati
1. berpegang teguh pada (janji, kata, dan lain-lain), tidak memungkiri, menunaikan:
orang yang sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat;

2. bertepatan dengan, tidak bersalahan (berlainan) daripada:
tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yang bersifat kajian sastera mahupun yang memuatkan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dalam kajian ini;

menepatkan
1. menjadikan tepat, menyamakan benar, mencocokkan;

2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dan lain-lain) kepada, mengarahkan;

3. = mempertepat menjadikan betul, memperbaiki;

tepatan
1. tempat atau orang yang didatangi (untuk menumpang bermalam dan lain-lain):
kaum kerabat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman;

2. orang tempat meminta pertolongan (perlindungan dan lain-lain), tempat bernaung;

3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dan lain-lain;
~ jiwa kekasih, buah hati;
~ pandang yang diperhatikan;

ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dengan sesuatu, kejituan:
~ ramalannya itu bertanggungjawab menyelamatkan bandar Melaka daripada kepungan tersebut;
~ semua kajian yang selanjutnya bergantung pada ~ pengklasifikasian;

berketepatan berbetulan, kebetulan;

pertepatan persamaan (waktu dan lain-lain):
terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dalam cerita ini;

penepatan perihal atau perbuatan dan sebagainya menepatkan (menepat, menepati);

penepat sesuatu yang menjadikan tepat;
sudut ~ dua sudut yang apabila dicampurkan merupakan sudut 90 darjah.

berkongsi