ringkas

1. tidak banyak mengambil tempat (kecil):
lipat baju itu supaya ~;

2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dan lain-lain):
laporan yang ~;
penerangan ~ diberikan kepada semua pegawai;
jalan ~
jalan yang singkat;
huruf ~ kependekan (singkatan);
~nya pendeknya;
~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dan lain-lain);

3. tidak banyak olahnya (bicaranya dan sebagainya), tidak cerewet:
orangnya ~ dan mudah diajak berunding;

meringkaskan
1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya tidak mengambil tempat:
benda itu diringkaskan supaya masuk ke dalam beg;

2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dan lain-lain), mengikhtisarkan:
~ karangan;
~ pembicaraan;

ringkai II

(pokok) ~ jernang sejenis tumbuhan (pokok kecil), kiru, pisang-pisang bukit, Mitrephora reticulata.

ringkai I

kering benar (daun dan lain-lain);
~ ringan kering serta ringan;

meringkai menjadi kering benar;

meringkaikan mengeringkan.

ringis

meringis
1. menyeringai, mengernyih:
ia ~ memandang kepadaku;

2. geronyot mukanya (kerana kesakitan dan lain-lain);

3. bermuka masam (kerana kecewa dan lain-lain).

ringgit II

gerigi atau rigi-rigi (pada tepi roda pemetik api dan lain-lain);

beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, berigi-rigi;

meringgiti membuat ringgit-ringgit (pada besi dan lain-lain);
besi baik diringgiti (peribahasa) perihal sesuatu yang sudah baik dibaiki lagi.

ringgit I

1. mata wang yang bernilai 100 sen:
wang ~;
R~ Malaysia
(dengan simbol RM) unit mata wang Malaysia, misalnya RM20.00 dan RM320.00;

2. [Indonesia] mata wang atau wang daripada perak yang bernilai 2.5 rupiah, digunakan pada zaman penjajahan Belanda;

beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit.