[Jawa] sejenis alat bunyi-bunyian, genggong.
Author Archives: admin
rincu, rincuh
kacau;
= rancu, ricu.
rincis
[arkaik];
merincis menghiris tipis-tipis, menyayat kecil-kecil, meracik, merajang;
perincisan perihal merincis.
rincin
rincih.
rincik
1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil;
wang belanja ~ wang untuk belanja perkara-perkara kecil (yang bermacam-macam);
daging ~ daging yang dipotong halus-halus atau yang kecil-kecil;
2. baki, pinjul;
merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil):
~ pinang.
rincih
keratan (potongan, sayatan) kecil;
~-rancah segala maklumat (terutamanya yang kecil-kecil) tentang sesuatu:
semoga Midah menemukan ~-rancah sejarah nenek moyangmu, selapis demi selapis;
harga ~ harga jualan sedikit-sedikit, eceran;
perniagaan ~ [arkaik] perniagaan kecil (lawan perniagaan secara borongan);
merincih menghiris (memotong, mengerat, dan lain-lain) kecil-kecil, menyayat, meracik.
rinci
merinci
1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil;
soal yang rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan;
2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dan lain-lain) dengan menyebut bahagian yang kecil-kecil, menerangkan dan lain-lain sampai kepada perkara-perkara yang sekecil-kecilnya, memperincikan:
~ masalah negara;
perincian
1. pembahagian (pemecahan) dalam bahagian yang kecil-kecil, perincisan:
jadual yang menunjukkan ~ perolehan dan perbelanjaan dalam setahun;
2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dan lain-lain:
~ rancangan pembangunan yang diterima oleh kabinet;
perinci orang yang merinci, alat untuk merinci;
jawatankuasa ~ jawatankuasa perancang.
rinai II
[arkaik];
merinai menyanyi kecil, bersenandung;
merinaikan menyanyikan atau melagukan (nyanyi dan lain-lain).
rinai I
[Minangkabau] renai, renyai (hujan);
hari ~ hari renyai, hujan rintik-rintik (gerimis, rebas).
rimpus
[Perlis] mengikat keempat-empat kaki binatang (yang akan disembelih);
= rapus I.