rimbat

1. kayu panjang pada bibir perahu, kayu palang pada pintu;

2. galah kayu (buluh) panjang yang diikat pada turus (pancang).

rimbas

1. sejenis alat untuk menarah kayu, penarah kayu, beliung, patil;

2. sejenis alat untuk menyiangi tanaman dan lain-lain, tajak;

merimbas
1. menarah kayu dengan rimbas;

2. menyiangi rumput dan lain-lain dengan rimbas.

rimba

hutan besar (yang belum pernah dibuka manusia);
hutan ~ berbagai-bagai hutan;
~ dara rimba (hutan) yang masih terpelihara seperti keadaannya yang asli (tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dan sebagainya);
~ raya (belantara) hutan yang sangat besar;

merimba menjadi rimba, seperti rimba:
jelatang yang ~ kecil di tepi tubir.

rimau II

rumput ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica;
susu ~
sejenis tumbuhan (kulat), Polystictus rhinocerotis.

rimas

1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dan lain-lain:
kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka;

2. tidak senang hati, gelisah hati:
perkataan itu seolah-olah untuk menyenangkan hatinya sendiri yang berasa ~ bergelap begitu;

merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dan lain-lain), mengganggu (fikiran), merunsingkan:
ia disuruh memakai pakaian yang ~;
berita buruk yang diterimanya itu ~ kepalanya;

kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.

rima I

bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir dalam sesuatu rangkap (seperti dalam gurindam).