rim I

kuantiti kertas yang berjumlah 480 helai (biasanya kertas tulis) atau 500 helai (biasanya kertas cetak).

riketsia

sejenis mikroorganisma parasit daripada genus Rickettsia yang hidup dalam tisu tungau, sengkenit dan artropod lain, dan boleh menyebabkan penyakit tifus dan sebagainya pada manusia.

rikaz

[Arab] bahan galian seperti bijih emas, perak dan minyak:
zakat ~;
undang-undang ~
undang-undang mengenai bahan-bahan galian (seperti minyak dan bijih). riket (rikt) sejenis penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin D (biasanya dialami semasa bayi dan kanak-kanak) yang mengakibatkan tulang menjadi lembut dan seterusnya bengkok (seperti pada kaki pengkar).

rijil

[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] nyata, sungguh:
dalam renungan, bisa dilukiskan kejadian-kejadian yang ~ dengan tidak merosakkan suasana renungan.

rigi-rigi

[Minangkabau] gerigi;

berigi-rigi bergigi tajam pada tepinya (seperti gergaji), bergerigi, beringgit-ringgit:
ia mempunyai rahang-rahang yang ~.