ringkus

[Jakarta];

meringkus
1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki binatang yang hendak disembelih;

2. [bahasa percakapan] menangkap, menahan, membekuk (penjahat dan lain-lain):
tugas polis ialah memelihara keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri;

3. [kiasan] memakai (mencuri) barang yang diamanahkan, menggelapkan.

ringkuk

meringkuk
1. duduk (tidur dan lain-lain) meromok:
anaknya tidur ~ di atas lantai;

2. mendekam (dalam penjara), terkurung, terpenjara:
setidak-tidaknya pembunuh itu akan ~ sepuluh tahun dalam penjara;

ringkik

bunyi kuda yang bunyinya kuat, langsing dan panjang, biasanya apabila dalam keadaan ketakutan atau teruja;

meringkik berbunyi ringkik (kuda dan lain-lain):
seekor kuda ~ diiringi uakan beberapa ekor lembu;

ringkikan bunyi kuda meringkik, ringkik:
beliau berangkat sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar bunyi ~ kuda.

ringkasan

1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dan lain-lain);

2. kependekan;

keringkasan perihal, keadaan atau sifat ringkas:
pentingnya bahan ini terletak pada kepelbagaian dan ~nya;

peringkasan perihal meringkaskan:
kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil.