rizosfera

(Pertanian) kawasan di dalam tanah yang mengelilingi akar tumbuhan, yang keadaannya dipengaruhi oleh rembesan akar tersebut.

rizom

(Biologi) batang tumbuhan, seperti kunyit dan halia, yang tumbuh mendatar dalam tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan.

rizoid

(Biologi) struktur seperti akar yang terdapat pada kulat, lumut, lumut hati, liken dan paku-pakis, yang berfungsi membantu tumbuhan tersebut untuk melekap pada sesuatu permukaan.

rizab

sesuatu yang diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan tertentu pada masa yang akan datang, simpanan;
hutan ~ hutan simpanan (yang dikawal);
tanah (kawasan) ~ tanah simpanan (yang dikhaskan) untuk satu-satu tujuan (golongan) yang tertentu;
~ kerbau lembu kawasan yang ditentukan oleh kerajaan hanya untuk ternakan kerbau lembu;
~ Melayu kawasan khas untuk orang Melayu;

merizabkan memasukkan ke dalam bahagian simpanan, mengkhususkan (tanah dan lain-lain) untuk sesuatu tujuan:
kerajaan telah ~ sekeping tanah seluas 200 hektar untuk ternakan kerbau lembu;
kawasan ini telah dirizabkan untuk orang Melayu;

perizaban perbuatan merizabkan sesuatu.

riyak

(sifat atau sikap) suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dengan tujuan mendapat pujian atau sanjungan daripada orang lain, bukan kerana Allah;

meriyakkan menjadikan riyak.

riwayat

[Arab]

1. cerita (berita, kisah) yang turun-temurun:
pada suatu ~, orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang;

2. keterangan atau berita tentang perbuatan (perkataan dan lain-lain) Nabi yang disampaikan oleh isterinya (sahabat-sahabatnya dan lain-lain) sebagai satu nas:
mendahulukan yang kanan daripada yang kiri tidak diwajibkan dalam mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar;
disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ daripada Aishah;

3. sejarah (kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku), tambo:
buku ~ perjuangan Nabi;

4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala sesuatu yang telah dialami oleh seseorang, biografi;
menamatkan (menghabiskan) ~nya
a) menghabiskan kisahnya (sejarahnya);
b) [bahasa percakapan] membunuh atau membinasakan;

5. [Indonesia] (dalam agama Kristian) khutbah;

beriwayat
1. bercerita, berkisah;

2. mengandungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dan lain-lain yang harus diingat dan lain-lain);
hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi);

3. [Indonesia] (dalam agama Kristian) berkhutbah;

meriwayatkan
1. menceritakan, mengisahkan:
dengan novel, diertikan karangan panjang yang ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dalam masyarakat;

2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan:
hadis yang diriwayatkan oleh Muslim;

periwayat
1. orang yang meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita;

2. orang yang meriwayatkan hadis;

periwayatan perbuatan (proses) menghuraikan riwayat hidup seseorang:
~ hidup Raja Kecil.

rivet

(Kejuruteraan) pasak (paku) untuk menyambung dua keping logam (bahagian yang tidak berkepala dimasukkan melalui lubang dalam kepingan-kepingan itu dan kemudian diketuk);

merivet menyambungkan kepingan-kepingan logam dan lain-lain dengan menggunakan rivet.

riung

sejenis tumbuhan (rumput), buluh terberau, tebu salah, Saccharum arundinaceum;
rumput ~
sejenis tumbuhan (rumpai), rumput perimping (tempayang), Themeda villosa.