(Sunda) kacau, tidak keruan.
Author Archives: admin
rocah
kotor, tidak bersih.
robotik
bidang sains yang berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, penggunaan dan sebagainya robot.
robot II
1. mesin automatik yang diprogramkan untuk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia;
2. [kiasan] orang yang melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan sebuah mesin;
merobotkan menjadikan berfungsi (bekerja dan sebagainya) seperti robot:
apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia?
robot I
[Jakarta];
merobot berbunyi berdetus (seperti senapang, mercun, dan lain-lain).
robok II
merobok makan di dalam sahaja di luar tidak nampak (penyakit dan lain-lain).
robok I
[arkaik];
merobok membual-bual dan berbunyi (botol kosong dibenamkan dalam air).
roboh
1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dan lain-lain), runtuh:
rumah-rumah yang tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah;
2. tumbang, rebah (pokok dan lain-lain);
3. [kiasan] jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dan lain-lain);
4. [kiasan] luntur (iman, pendirian, keyakinan, dan lain-lain), berkurang;
merobohkan
1. meruntuhkan (rumah, tembok, dan lain-lain);
2. menumbangkan, merebahkan (pokok dan lain-lain);
3. menjatuhkan (pemerintahan, kekuasaan, dan lain-lain);
4. membinasakan, melunturkan (iman, pendirian, harapan, dan lain-lain);
robohan sisa-sisa rumah (bangunan dan lain-lain) yang runtuh, runtuhan:
madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yang lama;
kerobohan perihal atau keadaan roboh, keruntuhan:
berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dengan rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid;
perobohan perihal atau perbuatan merobohkan.
robek
koyak, cabik (pakaian, layar, dan lain-lain), sobek:
bajunya ~ di bahu;
dijahit layar mana yang ~;
merobek
1. mengoyakkan;
~ jantung (hati) menyayat hati, melukai hati;
2. [kiasan] memecah masuk ke dalam, membolosi, menembusi:
mereka lebih pintar menggerakkan bola dan ~ gawang kami;
merobek-robek merobek (mengoyakkan) berulang kali, mengoyak-ngoyakkan, mencabik-cabik:
kerana terlalu marah, habis sehelai kain dirobek-robeknya dengan sebilah pisau yang ada di tangannya;
merobekkan mengoyakkan.
robat
~–rabit robak-rabik;
= rabit.