roboh

1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dan lain-lain), runtuh:
rumah-rumah yang tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah;

2. tumbang, rebah (pokok dan lain-lain);

3. [kiasan] jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dan lain-lain);

4. [kiasan] luntur (iman, pendirian, keyakinan, dan lain-lain), berkurang;

merobohkan
1. meruntuhkan (rumah, tembok, dan lain-lain);

2. menumbangkan, merebahkan (pokok dan lain-lain);

3. menjatuhkan (pemerintahan, kekuasaan, dan lain-lain);

4. membinasakan, melunturkan (iman, pendirian, harapan, dan lain-lain);

robohan sisa-sisa rumah (bangunan dan lain-lain) yang runtuh, runtuhan:
madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yang lama;

kerobohan perihal atau keadaan roboh, keruntuhan:
berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dengan rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid;

perobohan perihal atau perbuatan merobohkan.

berkongsi