terpulas, tergeliat, terpelecok, terpelekok:
capik ~;
patah ~.
Author Archives: admin
riuh II
sejenis tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau, merombong, tulang, Timonius penducularis.
riuh I
bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain):
suara di dapur orang sebelah masih ~;
mulut ~ [bahasa percakapan] bercakap banyak (kuat), suka bercakap;
~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk;
meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan:
suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana;
keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan:
orang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah;
tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja.
riu
= riu-riu sejenis ikan darat, Laides hexanema.
ritus
[Indonesia-Belanda] upacara agama.
ritul
[Indonesia] pemindahan (pegawai dan lain-lain) kerana tidak sesuai dengan tugas dan lain-lain.
ritualisme
amalan menggunakan ritual dalam majlis keagamaan dan sebagainya.
ritual
1. tatacara dalam upacara keagamaan, adat, dan sebagainya;
2. berkenaan tatacara dalam upacara keagamaan, adat, dan sebagainya.
ritma
1. urutan proses semula jadi yang berulang dalam sela masa yang tetap:
kiraan ~ dapat membantu jika pusingan haid anda tetap, namun kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan haid yang tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung;
2. [Indonesia-Belanda] irama:
salah satu hasilnya ialah ~ drama yang teratur dan agak halus;
manakala ~ pula merupakan alunan yang teratur dan berulang-ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu;
beritma berirama:
gerak-geri yang ~.
riti
[Kelantan];
rata-~ ke mana-mana;
= rata I.