riuh I

bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain):
suara di dapur orang sebelah masih ~;
mulut ~
[bahasa percakapan] bercakap banyak (kuat), suka bercakap;
~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk;

meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan:
suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana;

keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan:
orang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah;
tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja.

berkongsi