risau II

1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah:
jangan ~ dan bimbang;
jangan-jangan mereka ~ saya lambat balik ni;

2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh:
pembangunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau;

merisaukan
1. mengacau (keamanan, ketenangan, dan lain-lain), mengganggu (ketenteraman);

2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran):
beberapa kejadian yang ~ hati;
ia semakin ~ orang-orang yang mendengar kata-katanya;

3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu:
apa yang dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan;
dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan;

risalah

[Arab]

1. surat edaran (siaran):
siaran itu dikeluarkan dengan rasmi melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yang ditaburkan;

2. karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara:
diusahakan buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB;
~ ujian
[Indonesia] karangan untuk peperiksaan, disertasi;

3. [sastera lama] yang diutuskan (surat, utusan, dan lain-lain), yang dikirimkan;
menyebarkan (menyampaikan) ~ menyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul);

risau I jahat perangai (suka berbuat honar dan lain-lain);
orang ~ orang yang jahat;

merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, berkeliaran, bertualang:
iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu;

perisau orang risau, orang jahat (buruk perangai atau kelakuannya).

risa

1. sejenis bincul pada kulit (seperti kutil atau jerawat);

2. belulang (kulit yang keras) pada tapak tangan dan lain-lain.

ripu, ripuh

[Jakarta]

1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dan lain-lain);

2. banyak kerja, sibuk, repot;

3. kacau-bilau, tidak keruan, ribut.