ricau, racau.
Author Archives: admin
risoto
(ERT) sejenis masakan Itali daripada nasi yang dimasak dengan bahan-bahan seperti daging, ikan dan tomato.
risiko
1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian:
seorang sahaja yang menanggung ~ perniagaan ini;
mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya;
2. akibat atau hasil yang kurang menyenangkan (daripada sesuatu tindakan dan lain-lain), padah:
mogok itu senang tetapi ~nya besar;
berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (berkenaan (dengan) perniagaan, pelaburan, dan lain-lain).
risik IV
berisik bising, riuh;
= berisik.
risik III
1. gerisik;
2. bisik:
ada pula ~-~ yang mengatakan ia sudah berkahwin semula;
berisik berbisik-bisik;
merisikkan
1. menggerakkan (daun dan lain-lain) hingga menggerisik;
2. membisikkan (memberitahukan dengan berbisik-bisik):
kononnya ketua-ketua tentera itu merisik-risikkan hendak perempuan muda.
risik II
= risikan
1. usaha (dengan diam-diam) untuk mengetahui sesuatu, penyiasatan yang dilakukan dengan sembunyi-sembunyi, pengusutan:
~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok;
daripada ~ yang dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar daripada yang dijangka semula;
risik I
merisik meraba-raba atau mencari-cari sesuatu:
dalam gelap itu, ia ~ suis lampu.
risi
[Jakarta]
1. berasa geli (tidak senang);
2. [kiasan] berasa tersinggung (perasaannya).
RISDA
akronim bagi Rubber Industry Small Holders Development Authority (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah).
risauan
sesuatu yang merisaukan, gangguan (keamanan dan lain-lain);
kerisauan perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan:
perkara yang mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita;
perisau
1. orang yang selalu risau, pencemas, perusuh;
2. pengacau, pengganggu (keamanan dan lain-lain).