sekstan

(Ast) sejenis alat optik yang digunakan untuk mengukur sudut dalam pandu arah, seperti altitud jasad samawi.

seksisme

sikap diskriminasi yang berdasarkan jantina, terutamanya sikap memandang rendah terhadap kaum wanita (oleh kaum lelaki).

seksionalisme

sikap lebih prihatin terhadap kepentingan atau kesejahteraan sesuatu puak (kumpulan, golongan dan sebagainya) tertentu, bukan terhadap kepentingan atau kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

seksi II

[bahasa percakapan] menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan, memberahikan, mengghairahkan:
berbadan ~;

keseksian keadaan atau sifat seksi:
rambut ikalnya yang hitam mengurai masih menyerlahkan ~ dan kecantikannya.

seksi I

1. seksyen, bahagian:
~ penerbitan majalah;

2. [Indonesia] pembedahan mayat (untuk menyiasat sebab-sebab kematian dan lain-lain).

seksa

1. kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dan lain-lain) yang dideritai sebagai hukuman, hukuman yang menyakitkan (menyusahkan dan lain-lain), aniaya, azab:
azab ~ Tuhan akan menimpa orang yang tidak jujur;

2. pedih, sakit, sengsara, susah:
hidup pun ~ benar;

menyeksa
1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dan lain-lain), menganiaya:
lain yang salah lain yang diseksa;

2. menyakitkan, menyusahkan:
~ diri sendiri;

menyeksai menyeksa berkali-kali;

terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dan sebagainya), (telah diseksa):
jiwa mana yang tidak ~;
lebih baik mati di medan perjuangan daripada hidup ~ di bawah cengkaman musuh;

seksaan
1. aniaya, penganiayaan:
mereka menjadikan perkahwinan bukan sebagai syurga dunia melainkan sebagai neraka ~;

2. kesakitan, kesusahan:
keluhannya keluar bagaikan satu ~ yang tidak tertanggung lagi;

penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan:
sekarang dia berasa lapang kerana terlepas daripada ~ jiwa yang dihadapinya;

penyeksa orang yang menyeksa, sesuatu yang menyeksa (peperangan, kebuluran, dan lain-lain).

seks

1. sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina;

2. keinginan syahwat;
~ bebas perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah;
~ rambang perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah dengan bertukar-tukar pasangan.

sekretin

(Biologi) hormon yang dikeluarkan oleh duodenum dan berfungsi untuk merangsang pankreas supaya merembeskan jus pankreas.

sekretaris

[Indonesia-Belanda] setiausaha;
~ peribadi setiausaha peribadi;
~ jenderal [Indonesia]
a) setiausaha agung (sesebuah parti politik dan lain-lain);
b) setiausaha tetap (kementerian).