[Indonesia] = limau ~ sejenis minuman yang masam dan menyegarkan.
Author Archives: admin
sekuang
sejenis tumbuhan (pokok), sengkuang, Dracontomelum mangiferum.
sektor
1. bahagian bulatan yang letaknya di antara dua garisan lurus dari pusat bulatan itu, tembereng tajam;
2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan);
3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dan lain-lain):
~ pertanian merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia;
~ awam bidang yang berkaitan dengan kerajaan dan orang ramai;
~ swasta bidang yang berkaitan dengan pihak swasta (seperti syarikat-syarikat perniagaan dan sebagainya).
sektarianisme
(Sos) kecenderungan untuk berpecah mengikut fahaman politik, agama dan sebagainya tertentu.
sekta
(Sos) sekumpulan orang yang mempunyai kepercayaan agama tersendiri yang berbeza daripada kebanyakan orang lain. sektarian (sktarian) (Sos)
1. berkaitan dengan atau berdasarkan sekta:
pandangan politik ~;
2. berakibat daripada atau disebabkan oleh perbezaan antara sekta:
keganasan ~.
seksyen
1. bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dan lain-lain);
2. bahagian daripada karangan (undang-undang dan lain-lain), fasal, ceraian;
3. bahagian daripada platun (tentera);
4. bahagian tertentu dalam sesuatu kawasan (bandar dan sebagainya):
beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi.
seksuil
[Indonesia-Belanda] yang bersangkutan dengan jantina (seks).
seksualiti
sifat, tabii atau dorongan seks, keseksualan:
masalah yang cuba ditimbulkan ialah masalah ~ di kalangan remaja;
~ juga dianggap sebagai elemen penting bagi mengukuhkan kebahagiaan rumah tangga.
seksual
1. berkenaan seks;
2. berkenaan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan;
keseksualan
1. ciri (sifat) atau peranan seks;
2. dorongan seks.
sekstet
(Seni Muzik)
1. gubahan muzik untuk sekumpulan enam orang penyanyi atau pemuzik;
2. kumpulan muzik yang terdiri daripada enam orang penyanyi atau pemuzik.