sela

1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah:
dari ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dengan terharu;

2. sesuatu yang terletak (terselit dan lain-lain) di antara dua benda;
tanaman ~ tanaman (seperti jagung, kacang, dan lain-lain) yang ditanam di antara pokok-pokok lain;

bersela
1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang:
maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi;

2. berseling dengan, bersambut dengan (bunyi dan lain-lain), bertingkah dengan:
bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yang panjang;

bersela-sela berselang-seli, selang-menyelang:
pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yang rendang yang ~ dengan pohon kerambil;

menyela
1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dan lain-lain), tersisip, terselit;

2. meletakkan sesuatu di antara dua benda, menyelitkan, menyisipkan:
gerak irama yang teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair;

3. mencelah atau menyampuk (percakapan orang):
ia mendiamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu;

sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli;

menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyisipkan;

selaan sesuatu yang menyela (diselakan).

sel

1. (Biologi) unit terkecil sesuatu organisma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma yang dikelilingi membran sel;

2. bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara;

3. (Fizik) bahagian (pada bateri) yang diisi bahan-bahan kimia untuk mengeluarkan tenaga elektrik;
~ elektrik = ~ elektrokimia sel yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik atau untuk melakukan elektrolisis (terdiri daripada dua elektrod yang terendam dalam elektrolit);
~ elektrolisis sel yang menggunakan tenaga elektrik arus terus untuk menguraikan elektrolit;
~ fotoelektrik peranti yang menghasilkan kesan elektrik apabila terdedah pada cahaya;
~ kering bateri;
~ piawai sel primer yang voltannya diketahui dengan tepat;
~ primer sel yang menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yang tidak berbalik (tidak dapat dicas semula);
~ sekunder sel yang menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yang berbalik (dapat dicaskan semula);
~ suria sejenis sel elektrik yang menukarkan tenaga suria kepada tenaga elektrik.

sekutu

1. kawan yang turut sama dalam sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dan lain-lain), teman yang turut dalam sesuatu pakatan (pergabungan dan lain-lain):
kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy;
negara-negara ~
;

2. turut terlibat atau bersalah (dalam kejahatan dan lain-lain):
orang yang menerima rasuah itu dianggap ~ dengan pemberi rasuah;

3. gabungan (daripada beberapa negeri, badan, dan lain-lain), syarikat:
Raja Sharif Hussain menyatakan perlawanannya terhadap Turki dan menggabungkan diri dengan pihak ~;

bersekutu
1. berkawan (untuk melakukan sesuatu), bersahabat:
Vietnam dan Malaysia ~ dalam perjuangan mengekalkan kebebasan dengan keperibadian sendiri;

2. bergabungan dengan (supaya lebih kuat, besar, dan lain-lain), bersatu, bersepakat:
mereka telah ~ dengan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah;
negeri-negeri ~;

3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok:
gajah ialah binatang yang hidup ~;

menyekutui
1. mengawani (menemani) dalam sesuatu pakatan;

2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dan lain-lain) dengan;

menyekutukan menganggap sebagai sekutu (bersekutu):
jangan sekali-kali ~ Allah dengan sesuatu yang lain;

mempersekutukan menjadikan bersekutu (bersahabat, bersatu):
perjanjian untuk ~ negeri-negeri itu;

persekutuan
1. pergabungan (persatuan dan lain-lain) untuk kepentingan bersama ahli-ahli;

2. pergabungan negara-negara dan lain-lain:
P~ Tanah Melayu;

3. [Indonesia] syarikat perdagangan (perusahaan dan lain-lain), perkongsian;

penyekutuan proses (perbuatan) menyekutukan sesuatu.

sekuriti

1. sijil saham, bon, dan sebagainya yang membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen;

2. keselamatan;

3. jaminan, cagaran, sandaran.

sekunyit

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kekunyit, mengkunyit, merkunyit, Coscinium blumeanum.

sekunder

yang kedua (pentingnya, tingkatannya, dan lain-lain), tidak yang utama, yang terbit atau terhasil daripada sesuatu yang asas atau utama:
manusia merupakan individu psikologikal yang wajib memenuhi beberapa keperluan asas dan ~;
fungsi yang ~ ini boleh ada, boleh tidak;
sumber-sumber
~.