sepat II

1. = ~ karang = ~ laut sejenis ikan laut, Pempheris spp.;

2. = ~ siam sejenis ikan darat, Trichogaster pectoralis;
~ padi = ~ ronggeng
sejenis ikan darat, Trichogaster trichopterus;
bagai anak ~ ketohoran
(peribahasa) seseorang yang menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang;
bodoh-bodoh ~, tak makan pancing emas (peribahasa)
a) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yang baik untuk dirinya;
b) orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap seperti orang tahu;
tersendeng-sendeng seperti ~ di bawah mengkuang (peribahasa) orang kecil yang takut dan malu hendak menghampiri orang yang lebih besar dan mulia.

sepasin

[Minangkabau] kepompong sibur-sibur;
~ dapat bersiang (peribahasa) mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka;
bersurih bak ~, berjejak bak berkik, berbau bak embacang (peribahasa) mempunyai bukti (tanda) yang sahih berkenaan sesuatu kejahatan (kesalahan dan lain-lain).

separa

sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya, separuh:
ragum boleh diperbuat daripada keluli, ~ keluli atau besi tuang.

sepanggil

sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal, panggil-panggil, pemanggil, pengkilai, pepanggil, Clerodendron paniculatum.

sepang I

sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya boleh dibuat bahan pencelup), Caesalpinia sappan;
merah ~
merah tua.