sepai I

bersepai
1. bersepah menjadi kecil dan terserak ke merata, berkecai:
maka bergegarlah rumah itu seluruhnya bagai akan pecah ~;

2. berserak-serak, bertabur ke merata-rata tempat:
air liur ~ ke muka Lebai Dusin;

bersepaian berserakan, bertaburan:
~ kaca.

sepah III

~ bulan sejenis binatang kecil seperti lipan (tetapi banyak kakinya dan mudah bergulung apabila tersentuh), gengulung, gonggok, mentibang, ulat monggok, Trigoniulus lumbricinus.

sepah II

~ puteri
a) sejenis burung, Dicaeum cruentatum ignitum;
b) sejenis burung, Dicaeum t. trigonostigmum;
~ puteri gunung
sejenis burung, Dicaceum sanguinolentum dolichorhynchum;
~ puteri kecil
sejenis burung, Dicaeum concolor borneanum;
~ raja
sejenis burung, kelicap merah, Aethopyanga siparaja siparaja.

sepah I

hampas benda yang telah dikunyah dan dihisap airnya (seperti tebu, sirih, dan lain-lain):
maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kepada tuan puteri Kuntum Ratna Sari;
sepelontar ~ sirih
jarak yang dekat sekali;
~ tembakau [Kelantan]
a) sesuatu yang tidak berguna lagi;
b) sampah masyarakat;
habis manis ~ dibuang (peribahasa) digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan;

menyepah mengambil sari atau air daripada sesuatu (seperti sirih, tebu, dan lain-lain) dengan mengunyah:
apa yang disepah oleh budak itu?

sepah

bersepah, bersepah-sepah
1. = tersepah berserak-serak (dengan tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat:
rambut dan habuk ~ di lantai;

2. = menyepah [bahasa percakapan] banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat):
bukankah banyak buah belolok dalam kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan;

bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau tersusun (pakaian, pinggan mangkuk, dan lain-lain):
pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~;

menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat:
majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya.

sepadan

1. sejenis tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat, pinang (palas) tikus, Iguanura geonomiformis;

2. = pinang ~ sejenis tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana.