siram

bersiram [bahasa dalam] mandi:
silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~;

menyiram
1. mencurahkan air dan lain-lain pada, mendirus, menjirus:
seorang perempuan muda ~ bunga dalam taman;

2. menjirus dengan air dan lain-lain (supaya bersih);

menyirami menyiram pada:
Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dengan air;

menyiramkan
1. menyiram dengan, menjiruskan, mencurahkan:
maka kedua-duanya terkejut seperti orang mengantuk disiramkan air;

2. sl, [bahasa dalam] memandikan:
maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan dibedak;

persiraman [sastera lama] tempat mandi, permandian;

penyiraman perbuatan menyiram (menyiramkan).

penyiram
1. orang yang menyiram:
tugas utamanya hanya sebagai ~ pokok bunga setiap pagi;

2. alat yang digunakan untuk menyiramkan air dan sebagainya:
dia menyiram sayur-sayuran dengan menggunakan ~.

sirah II

[Arab] kisah, riwayat atau perjalanan hidup seseorang nabi atau rasul;
~ Nabi kisah atau riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil hinggalah baginda wafat.

sirah I

[Minangkabau] merah:
matanya itu ~ seperti bunga raya;
tanah ~
kubur yang baharu;

tersirah mendapat tanah ~ ki
a) mati;
b) menjumpai mayat yang telah ditanam.

sira II

= gula ~ gula yang telah dicairkan (untuk digaulkan atau disalut pada kuih dan sebagainya);

bersira sudah (telah) disira:
dia menghidangkan kerepek ubi goreng yang ~ dengan gula;

menyira menggaul atau menyalut kuih dan sebagainya dengan gula yang telah di

sir I

[Arab]

1. rahsia, tersembunyi (dalam ilmu tasawuf);

2. keinginan (kemahuan) hati, ingin (mahu) akan sesuatu:
tiadalah ia ~ kepada perempuan itu;
tak ~
[Kelantan] tidak mahu (ingin);
kalau tak ~ berdegak, ~ melayang (peribahasa) jika barang yang diinginkan tidak diperoleh maka hilanglah daya upaya.

siput II

sejenis sanggul (rambut perempuan);

bersiput memakai siput (sebagai perhiasan rambut):
kawan saya tidak pernah memakai gincu atau bedak dan rambutnya ~ sahaja;

menyiput (sedang) menggulung rambut untuk membuat siput:
rambutnya yang panjang sampai ke punggung itu segera disiputnya.