siren

1. alat yang mengeluarkan bunyi raungan yang kuat, biasanya sebagai semboyan amaran;

2. bunyi raungan siren.

sirat II

[Arab]

1. jambatan, titian;

2. titian (yang halus) yang melintasi neraka untuk ke syurga.

sirat I

mata jala (jaring dan lain-lain);
~-~ gigi celah-celah gigi;

bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat:
kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam;

menyirat membuat jala dan lain-lain, menganyam, menjalin, merajut:
ia sedang ~ jala ikannya di dapur;

tersirat
1. telah disirat (jala, rajut, dan lain-lain), terjalin;

2. [kiasan] terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu):
rahsia besar yang ~ di hatinya tidak ada seorang pun yang mengetahuinya;

siratan
1.jalinan;

2. sesuatu yang tersembunyi:
dengan melihat ~ dalam suratan.

sirap III

1. larutan gula dan air yang agak pekat dan biasanya berwarna merah dan berperisa;

2. = air ~ minuman yang diperbuat daripada sirap;
(air) ~ bandung air sirap yang dicampur dengan susu;
~ batuk ubat batuk yang berupa sirap. sirap IV [Jakarta]

1. senyap, sunyi;

2. tidak berpanjangan atau berlarutan, kebah (demam), padam (api), reda;

3. pukau (sejenis mantera untuk menidurkan orang);

menyirap
1. meredakan, memadamkan;

2. memukau (supaya orang tertidur atau terus tidur).

sirap II

sejenis atap daripada keping-keping papan;

menyirap memasang sirap;
timah disirap timah yang dipasang sebagai sirap.

sirap I

menyirap menyorok, menyusup:
darahnya ~ ke telinganya;
~ darahnya
berdebar-debar hatinya (kerana takut dan lain-lain);

menyirapkan
1. [Indonesia] menyelakkan (menyingkapkan) sedikit;

2. menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dalam erti kiasan);

3. = ~ darah menjadikan terkejut (berdebar-debar dan lain-lain), memeranjatkan:
ada sesuatu dalam semak yang ~ darah Melayunya;

tersirap ~ darah berdebar-debar (kerana terkejut, terperanjat, dan lain-lain);
~ hati marah.