siput I

sejenis kerang-kerangan (binatang lunak) yang berkulit keras;
jenis-jenisnya:
~ akik sejenis siput yang dibuat perhiasan;
~ asin sejenis siput yang telah diasinkan;
~ babi sejenis siput, Achatina;
~ kemudi, Atrina spp.;
~ mutia
ibu mutiara;
~ pahat, Cultellus spp.;
~ piring, Placuna plasenta;
~ sudu, Chromytilus chorus;
~ memuji buntut (peribahasa) sifat memuji diri sendiri;
tak tahu akan ~ empuk (peribahasa) orang yang terlalu bodoh.

sipu I

tersipu-sipu = malu ~ = kesipuan, kesipu-sipuan malu sekali:
Hasnah ~ tunduk kemalu-maluan;
mereka itu pun kesipu-sipuan malu.

sipongang

[Minangkabau] gaung, gema;

bersipongang bergaung, bergema:
bunyi itu ~ ke setiap penjuru perkebunan.

sipil

[Indonesia-Belanda] orang awam (bukan tentera):
ia datang ke baris depan, tempat duduk para pembesar dari pihak ~, polisi dan militer;
hukum ~
undang-undang mengenai orang awam, undang-undang awam;
pemerintahan ~ pemerintahan oleh orang-orang awam (bukan tentera);
perang ~ perang saudara;
perkara ~ perkara dalam mahkamah mengenai hal-hal umum (bukan perkara jenayah dan lain-lain).

sipi

tidak tepat kenanya (pukulan, tembakan, dan lain-lain), tidak kena betul, menyerempet:
penumbuk itu singgah ~ ke pipi Malek;
biar ~ asal jangan tepat (sesat)
(peribahasa)
a) biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak;
b) jika sudah mengalami susah (rugi dan lain-lain) hendaklah diikhtiarkan supaya jangan terlampau sangat;

menyipi mengenai tepi (pinggir) sahaja.