sombong

tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah:
hanya orang yang ~ dan bongkak sahaja yang suka berkata begitu;
hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih
(peribahasa) kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran;

menyombong berlaku sombong, membesar-besarkan diri:
daripada gayanya yang ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dari kampung itu;

menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan:
jangan suka ~ ijazahmu;
~ diri
memegahkan (meninggi-ninggikan) diri;

kesombongan perihal (sifat dan sebagainya) sombong, keangkuhan:
cukuplah ~ dan keangkuhanmu pada hari ini;

penyombong orang yang sombong (suka menyombong).

sombol

menyombol menyuapkan makanan dengan menjejal-jejal (ke dalam mulut kanak-kanak).

som

[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] lipatan pada tepi kain, kelim;

disom dikelim (berkenaan (dengan) kain).

solstis

(Geografi) waktu (ketika) matahari berada paling jauh ke selatan atau ke utara dari khatulistiwa;
~ musim panas 21 Jun;
~ musim sejuk 22 Disember.

solok I

= pesolok, penyolok pemberian atau sumbangan (barang-barang makanan untuk orang yang mengadakan majlis perkahwinan dan lain-lain).

solo

1. nyanyian atau lagu muzik yang dinyanyikan (dimainkan) oleh seorang sahaja;

2. (tugas, persembahan, dan sebagainya) dilakukan secara berseorangan:
penerbangan ~;
nyanyian ~;

3. sendirian (seperti melakukan sesuatu seorang diri):
dia membuat larian ~ meninggalkan lawannya jauh di belakang.