(Sos) teori yang menafikan sebarang pengetahuan kecuali tentang dirinya sendiri.
Author Archives: admin
solilokui
(Kesusasteraan) senandika.
solihin
[Arab]
1. jamak bagi orang yang soleh:
tugas berdakwah ini adalah lanjutan daripada tugas rasul dan nabi, sahabat, aulia dan ~;
2. taat dan patuh kepada perintah Allah:
insya-Allah kita akan tergolong ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang ~.
solider
[Indonesia-Belanda] (perasaan) bersatu atau bersepakat:
sebagai pemuda tentu sahaja ~ dengan pemuda-pemuda lainnya;
kesolideran keadaan yang bersatu (bersepakat).
solenoid
gulungan dawai tembaga yang menjadi magnet apabila dihubungkan dengan aliran elektrik.
solekan
hasil bersolek atau menyolekkan:
gadis itu mengenakan ~ yang nipis saja;
persolekan perihal bersolek:
sudah ramai wanita Melayu yang mendapat ijazah dalam ilmu ~;
pesolek (orang yang) suka bersolek:
dia ~ benar orangnya.
solek
1. serba elok (pakaian, hiasan, dan lain-lain);
2. cara menghias diri (dalam berbagai-bagai erti):
~nya sederhana sekali;
maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin;
alat ~ segala yang digunakan untuk menghias diri (bedak, gincu, celak, dan lain-lain);
bersolek
1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dan lain-lain):
Aida sedang ~ di dalam biliknya;
2. berhias dengan, menggunakan sesuatu sebagai hiasan;
menyolekkan mengenakan alat solek pada seseorang:
mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu;
solehah
[Arab] taat dan patuh kepada perintah Allah (digunakan khusus bagi perempuan):
doa saya semoga puan menjadi isteri yang ~;
itulah hasil didikan daripada seorang ibu yang ~.
soleh II
[Perak] lemah.
soleh I
[Arab] taat dan patuh kepada perintah Allah:
sebagai seorang yang ~, baginda mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia;
semoga kita dikurniai anak-anak yang ~ dan solehah;
kesolehan perihal soleh (ketaatan kepada agama, kesucian hidup).