tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah:
hanya orang yang ~ dan bongkak sahaja yang suka berkata begitu;
hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih (peribahasa) kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran;
menyombong berlaku sombong, membesar-besarkan diri:
daripada gayanya yang ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dari kampung itu;
menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan:
jangan suka ~ ijazahmu;
~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri;
kesombongan perihal (sifat dan sebagainya) sombong, keangkuhan:
cukuplah ~ dan keangkuhanmu pada hari ini;
penyombong orang yang sombong (suka menyombong).
berkongsi