spektrum

1. paparan cahaya yang berwarna-warni (seperti warna pelangi) yang terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma;

2. julat atau lingkungan sesuatu perkara tertentu:
proses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam apa juga ~;
perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dalam satu ~ yang luas;
~ garis spektrum pemancaran atau penyerapan yang terdiri daripada garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron);
~ jalur spektrum yang terdiri daripada satu siri jalur sinaran yang dipancarkan atau diserap;
~ jisim spektrum yang terhasil daripada spektrometer atau spektrograf;
~ pemancaran spektrum yang terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet daripada sesuatu jisim;
~ penyerapan spektrum yang terhasil daripada penyerapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim.

spektroskopi

kajian tentang spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum;
~ inframerah kaedah analisis yang mengukur julat panjang gelombang inframerah yang diserap oleh sesuatu bahan sampel untuk membolehkan atom atau kumpulan atom dalam molekul sampel dikenal pasti;
~ jisim kaedah analisis untuk menentukan jisim atom atau molekul dengan menggunakan spektroskop.

spektroskop

(Fizik) alat optik untuk menghasilkan dan memeriksa spektrum cahaya atau sinaran daripada sebarang sumber.

spektrometer

(Fizik) alat untuk mengukur panjang gelombang pelbagai jenis sinar;
~ jisim sejenis spektrometer yang digunakan untuk menentukan jisim atom atau molekul dan bilangan relatif isotop yang berlainan.

sped

satu daripada corak pada daun terup yang berbentuk hati berkaki dan berwarna hitam.

Speaker

orang yang mempengerusikan sidang mesyuarat (Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri), Yang Dipertua (Dewan Rakyat, Dewan Negara).