[bahasa percakapan] ahli dalam sesuatu bidang (istimewa dalam ilmu perubatan), pakar:
seorang ~ dalam pekerjaan jalan raya dan pengairan.
Author Archives: admin
spesial
[bahasa percakapan] istimewa, khas, khusus.
spermatozoon
(Biologi) gamet jantan yang matang.
sperma
(Biologi) benih (haiwan) jantan, sel pembiakan (haiwan) jantan.
speleologi
1. kajian saintifik tentang gua, terutamanya dari segi pembentukan geologi dan juga flora dan fauna yang terdapat di dalamnya;
2. rekreasi meneroka gua.
spekulum
(Perubatan) alat yang dimasukkan ke dalam rongga tubuh untuk tujuan pemeriksaan.
spekulator
orang yang membuat spekulasi (dalam pasaran saham dan sebagainya) dengan harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko.
spekulatif
1. dengan pemikiran semata-mata, secara teori, berdasarkan atau bersifat spekulasi (tidak berasaskan fakta-fakta);
2. bersifat spekulasi (dengan mengadu untung sahaja), berasaskan harapan akan memperoleh keuntungan besar walaupun terpaksa menanggung risiko (berkenaan (dengan) kegiatan jual beli).
spekulasi
1. perenungan, tafakur;
2. pendapat (kesimpulan, dugaan, dan lain-lain) yang tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta;
3. perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dan lain-lain) dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula;
berspekulasi membuat spekulasi:
saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi;
penspekulasi orang yang membuat spekulasi.
spekulan
[Indonesia-Belanda] orang yang mencari keuntungan besar (dalam perniagaan).