abaka

sejenis tumbuhan (pokok) yang seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.

abai

cuai, lalai;
tidak ~ dari tidak cuai (lalai) dari;

mengabaikan
1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan:
~ anak isteri;
~ tugas dan tanggungjawab;

2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi:
~ tunjuk ajar dan nasihat orang;
mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan;

3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yang disediakan, dan lain-lain), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan:
sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan;

terabai tidak diberi perhatian (berkenaan (dengan) seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan;

keterabaian keadaan terabai:
~ sesuatu kelompok;

keabaian perihal abai;

pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dan lain-lain);

pengabai (orang yang sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kepada sesuatu (seperti tugas, tanggungjawab, dan sebagainya).

abah-abah

[Jawa] alat, perkakas, tali-temali;
~ kuda alat kuda (seperti tali kekang, pelana, dan sebagainya);
~ perahu tali-temali perahu;
~ tenun alat (perkakas) tenun.

abah I

arah, tuju:
tak tentu ~nya;

mengabah menuju;

mengabahkan mengarahkan, menujukan:
~ kapal ke tempat yang tertentu.

abadi

[Arab]

1. ada permulaan yang tiada pengakhiran (berkenaan (dengan) masa, kehidupan, kenangan dan sebagainya):
kehidupan akhirat adalah kehidupan yang ~;

2. wujud atau berterusan untuk selama-lamanya (sepanjang hayat dan sebagainya), tidak berkesudahan, kekal:
keamanan yang ~;
kasih sayang
yang ~;

mengabadikan
1. menjadikan abadi, mengekalkan:
kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya;

2. menjadikan peringatan (kenangan) yang kekal:
hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan;
sebuah tugu untuk ~ jasa askar-askar yang terkorban;

terabadi dapat diabadikan (dikekalkan):
dengan usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat;

keabadian kewujudan yang abadi, kekekalan:
~ kasih sayang seorang ibu;
~ perdamaian dan keamanan;

pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.

abad

jangka masa seratus tahun (atau satu daripada jangka masa seratus tahun yang berurutan yang dimulai dengan kejadian yang terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun:
dalam ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara;
beberapa ~ yang lampau
beberapa ratus tahun yang lalu;
~ kedua puluh jangka masa dari tahun 1901 hingga ke tahun 2000;
~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang);
~ pertengahan = ~ tengah zaman dalam sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M);
~ al-abid kekal selama-lamanya;

berabad-abad beratus-ratus tahun;
sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya.