abdi

orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan;
~ negara [Indonesia] pegawai kerajaan;

mengabdi
1. menjadi abdi (hamba):
orang kulit hitam dari Afrika pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat;

2. berlaku seperti abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kepada atau untuk kepentingan seseorang atau sesuatu):
rela ~ kepada negara;

mengabdikan
1. menjadikan abdi, menghambakan, memperhamba:
~ tawanan perang;
~ diri kepada negara;

2. menggunakan sepenuhnya:
tenaganya diabdikannya kepada negara;

pengabdian perihal (perbuatan dan sebagainya) mengabdi atau mengabdikan:
tetapi Allah tidak membebani manusia dengan kemestian-kemestian yang banyak untuk melakukan ~;
~ seseorang kepada negara sebagai tanda cintanya terhadap negara;
pada zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja sering berlaku.

ABC

1. abjad Rumi:
budak itu sudah pandai membaca ~;

2. [kependekan] air batu campur.

abar

abar-abar
1. dinding;

2. penghalang, penyekat:
~ kemajuan masyarakat;

berabarkan mempunyai (sesuatu) sebagai dinding atau penyekat, berdindingkan:
rumah yang ~ buluh;

mengabar
1. mengurangkan, meredakan:
ubat yang dapat ~ keadaan payah orang sakit;

2. menghalang, menyekat:
pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat.

abang I

1. saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang (biasanya seibu seayah dengannya);

2. panggilan khususnya kepada saudara tua laki-laki, adik-beradik;

3. panggilan kepada seseorang lelaki yang lebih tua sedikit;

4. panggilan kepada suami;
~ angkat orang lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sebagai anak oleh ibu bapanya;
~ ipar abang kepada isteri (atau suami) seseorang;
~ kandung abang yang seibu dan seayah dengan seseorang;
~ tiri abang kepada seseorang yang merupakan anak kepada ibu atau ayahnya hasil daripada perkahwinan yang terdahulu (dengan suami atau isteri yang lain);

berabang
1. mempunyai abang (biasanya abang kandung);

2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang;

berabangkan mempunyai seseorang sebagai abang:
~ seorang yang pengasih dan bertimbang rasa.