potongan rambut yang berbentuk bulat, keriting halus, tebal dan panjang, seperti rambut sesetengah orang kulit hitam:
rambut potongan ~.
Author Archives: admin
afrit
[Arab] satu golongan jin yang jahat, ifrit:
sedang kita leka bersuka ria, datanglah jin ~ hendak menyusahkan kita.
Afrikaans
salah satu bahasa rasmi Republik Afrika Selatan:
bahasa ~.
Afrikaner orang kulit putih di Republik Afrika Selatan yang berasal daripada keturunan Belanda dan bertutur dalam bahasa Afrikaans.
aforisme
(Linguistik) ungkapan yang tepat, ringkas, dan jelas yang mengandungi atau melahirkan suatu kebenaran umum, pepatah, bidalan, peribahasa (seperti bersatu teguh bercerai roboh).
afonia
(Perubatan) kehilangan suara yang disebabkan oleh penyakit larinks, kerosakan saluran suara dan sebagainya.
afiniti
(Kimia) kecenderungan sesuatu atom atau sebatian untuk bertindak atau berpadu dengan atom atau sebatian lain yang mempunyai juzuk kimia yang berbeza.
afiliasi
gabungan, pertalian:
dua orang sarjana ini memerihalkan latihan sains dan ~ mereka dengan badan penyelidikan;
berafiliasi mempunyai perhubungan atau pertalian:
lembaga keilmuan yang mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dengan kekuatan sosiopolitik.
afidavit
kenyataan atau keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah:
peguam berkata beliau tidak menerima ~ terbaru dan syarikat berkenaan gagal mengemukakan maklumat mengenai kedudukan sebenar kapal itu.
afid
sejenis serangga kecil daripada famili Aphididae yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya.
afiat
[Arab]
1. pulih, sihat;
sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur);
2. kesihatan;
mengafiatkan [sastera lama] memulihkan, menyihatkan;
keafiatan keadaan sihat, kesihatan:
dalam ~ dan keselamatan yang sempurna.