agah II

[Kelantan], [Terrenganu] bersifat sombong:
kalau kamu masuk kampung orang, jangan ~ sangat.

agah I

beragah berpandang muka mengajak berkelahi:
sementara mereka ~, polis pun tiba;

beragah-agah, beragah-agahan berpandangan muka hendak berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (berkenaan (dengan) ayam);

mengagah
1. memandang muka atau menentang mata (mengajak berkelahi dan lain-lain):
~ lawan;

2. melakukan sesuatu untuk membuat bayi ketawa:
anak itu ketawa kerana diagah-agah;

3. mengeluarkan bunyi yang belum berupa patah-patah perkataan (berkenaan (dengan) bayi):
anak kecil itu sudah pandai ~;

4. mempertemukan muka (supaya berkelahi):
~ ayam sabungan.

aga II

angkuh, sombong:
ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu;

beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri;

mengagakan membanggakan:
sesungguhnya kedua-dua orang tua itu dapat ~ anaknya;

keagaan keangkuhan, kesombongan:
sekaliannya ada, menjadi ~ bagi yang punya;

peraga raga III.

afwah

[Arab] tuah (orang yang keramat):
dengan ~ maulana menolong hamba mungkin tercapai segala yang dicitakan.

afta II

(Perubatan) ulser kecil yang lazimnya terjadi di dalam mulut akibat jangkitan kulat.