alang II

1. (me)lintang;
menarik garis ~ menarik garis melintang;

2. kayu yang dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding):
supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu;

3. dinding, penyekat (bilik dan sebagainya):
~ rumah;
~ balai
penyekat balai;
~ jambatan bahagian yang melintang pada jambatan di pelabuhan;
~ mahligai penyekat di mahligai;
~ muka papan melintang antara dinding perahu atau pada belat (tempat berjalan).

alang I

1. nama timang-timangan bagi anak yang ketiga;

2. tidak terlalu besar (tua dan lain-lain) dan tidak pula terlalu kecil (muda dan lain-lain), sedang, sederhana, tanggung(-tanggung);
keris ~ keris yang sedang atau sederhana panjangnya;
saudara yang ~ saudara yang bukan bongsu dan bukan sulung;

3. sedikit, kurang:
masalah tersebut memakan masa dan tenaga yang bukan ~;
~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung);
bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau;

alang-alang, alang-alangan
1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati:
bekerja ~;

2. sedikit, kurang:
bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat;
~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar hitam (peribahasa) kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan;
~ menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan (peribahasa) kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya;

alangkah
1. kata yang melahirkan rasa kagum, hairan, dan sebagainya:
~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu;

2. betapa:
~ (baik buruk, besar, kecil, dan lain-lain).

alan

sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, Shorea albida;
~ batu
sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dibuat papan, kayu kumai, papan panel, dan lain-lain), empenit, meraka, meraka alan, sengawang, seriagawan, Shorea sp.;
~ bunga
sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dibuat papan lapis, papan panel, kayu kumai, dan lain-lain), meranti bunga, Shorea sp.

al-Amin

[Arab] gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW kerana sifatnya yang amanah serta boleh dipercayai:
kerana sifatnya yang amat jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~.

alamat

1. sesuatu yang dianggap (ditafsirkan dan sebagainya) sebagai menandakan bahawa sesuatu kejadian dan lain-lain yang baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda:
dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~;

2. [sastera lama] matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan:
beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena;

3. butir keterangan (seperti nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dan lain-lain) yang menunjukkan tempat tinggal seseorang:
pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dengan terang dan lengkap pada sampul surat;

4. (Komputer) kod pengenalan unik yang digunakan sebagai nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dan lain-lain dalam sesuatu sistem komputer;

5. [arkaik] nama buku dan lain-lain:
~ buku ini dituliskan dengan huruf besar;

6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan:
burung berkicau ~ hari nak siang;
~ tunduk
bendera putih tanda menyerah (kalah);

alamatnya tandanya:
jika ada negara yang mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama;

beralamat
1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda):
mimpi yang ~ buruk;
awan gelap biasanya ~ turunnya hujan;

2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan);
menembak ~, berkata bertujuan (peribahasa) tiap perbuatan harus ada maksudnya;

3. mempunyai atau bertulis dengan alamat (keterangan tempat tinggal):
setiap sampul surat hendaklah ~ dengan terang dan bersetem;

mengalamati membubuh alamat pada:
~ surat;

mengalamatkan
1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa:
matahari telah condong ke barat sebagai ~ hari sudah petang;

2. menujukan (surat dan lain-lain):
~ surat kepada ahli-ahli pertubuhan.