alamat

1. sesuatu yang dianggap (ditafsirkan dan sebagainya) sebagai menandakan bahawa sesuatu kejadian dan lain-lain yang baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda:
dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~;

2. [sastera lama] matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan:
beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena;

3. butir keterangan (seperti nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dan lain-lain) yang menunjukkan tempat tinggal seseorang:
pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dengan terang dan lengkap pada sampul surat;

4. (Komputer) kod pengenalan unik yang digunakan sebagai nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dan lain-lain dalam sesuatu sistem komputer;

5. [arkaik] nama buku dan lain-lain:
~ buku ini dituliskan dengan huruf besar;

6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan:
burung berkicau ~ hari nak siang;
~ tunduk
bendera putih tanda menyerah (kalah);

alamatnya tandanya:
jika ada negara yang mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama;

beralamat
1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda):
mimpi yang ~ buruk;
awan gelap biasanya ~ turunnya hujan;

2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan);
menembak ~, berkata bertujuan (peribahasa) tiap perbuatan harus ada maksudnya;

3. mempunyai atau bertulis dengan alamat (keterangan tempat tinggal):
setiap sampul surat hendaklah ~ dengan terang dan bersetem;

mengalamati membubuh alamat pada:
~ surat;

mengalamatkan
1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa:
matahari telah condong ke barat sebagai ~ hari sudah petang;

2. menujukan (surat dan lain-lain):
~ surat kepada ahli-ahli pertubuhan.

berkongsi