almari

sejenis perabot yang bertingkat-tingkat dan berpintu untuk menyimpan pakaian (barang-barang dan lain-lain).

Almarhumah

[Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang perempuan Islam, biasanya pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal.

Almarhum

[Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal.

almanak

1. kalendar tahunan yang mengandungi senarai hari bulan dengan maklumat lain (seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dan lain-lain);
~ nautika buku tahunan yang memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dan sebagainya;

2. buku yang berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yang perlu diketahui umum.