amanah

1. = amanat sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain):
bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang;

2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang;

3. = amanat keamanan, ketenteraman:
bahagia dan ~;

4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur;
pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dan lain-lain (dengan menipu dan sebagainya);
orang ~ orang yang boleh dipercayai;

5. (Ekonomi) hak yang boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu harta;

6. (Ekonomi) peraturan yang menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah;
~ saham skim pelaburan yang dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur:
A~ Saham Bumiputera;
A~ Saham Mara;

A~
Saham Nasional;

7. [arkaik] pesan, amanat;

beramanah [arkaik] beramanat;

mengamanahkan
1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kepada, menyerahkan (untuk disimpan, dilakukan sesuatu, dan sebagainya):
lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yang diamanahkan oleh raja;
barang dagangan yang diamanahkannya kepada Nakhoda Jaya;

2. [arkaik] mengamanatkan;

pengamanahan perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mengamanahkan:
penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kepada pembawa adat;

pengamanah orang atau badan dan sebagainya yang memegang (menguruskan, melaksanakan, dan lain-lain) sesuatu amanah, pemegang amanah:
~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut.

aman

1. bebas daripada keadaan kacau-bilau (seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan, dan sebagainya), sentosa, tenteram:
ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera;
negeri yang ~;

2. bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan, damai, tenang, tenteram:
suasana yang ~;

3. amanah, pesan:
begitulah ~ raja kepada puteranya;

mengamankan
1. menjadikan aman (tenteram, tenang), menyentosakan, menenteramkan:
rundingan-rundingan itu bertujuan untuk ~ keadaan di Timur Tengah yang sentiasa bergolak;
untuk ~ perasaannya yang kacau, ia membaca buku agama
;

2. menyerahkan kepada orang supaya selamat, mengasingkan (dalam tahanan):
~ penjahat dalam penjara;

keamanan keadaan yang aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman:
kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat;
~ pada akal fikiran;

pengamanan perbuatan (usaha dan sebagainya) mengamankan, penenteraman;

pengaman orang (pihak) yang mengamankan.

amali

berkenaan pelaksanaan prinsip atau teori (yang dipelajari dan sebagainya), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan sebagainya:
selain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai latihan ~.

amalgam

(Kimia) aloi merkuri dengan satu atau lebih bahan lain, untuk menampal gigi, membuat cermin, dan lain-lain;
~ zink aloi merkuri dan zink.

amal

1. apa sahaja yang dilakukan, perbuatan, pekerjaan:
banyak ~, sedikit bicara;

2. perbuatan baik (yang mendatangkan faedah kepada orang lain):
bersedekah ialah satu daripada ~ kebajikan;
~ ibadat
perbuatan mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh ajaran agama (seperti bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan lain-lain);
~ jariah perbuatan yang diredai Allah untuk kepentingan atau faedah masyarakat (seperti berderma, menolong orang dalam kesusahan, dan lain-lain), kebajikan kepada orang ramai;

beramal
1. berbuat amal, berbuat kebajikan:
ia seorang yang suka ~;

2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat:
tebal imannya dan rajin ~;

3. melakukan sesuatu sebagai suatu kebiasaan;

mengamalkan
1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sebagai suatu kebiasaan):
pemuda itu ~ falsafah hidup baharu;
~ segala yang telah dipelajari;
kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen;

2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan):
~ bangun pagi-pagi dan bersenam;
~ makan buah-buahan tempatan;

amalan
1. sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan;
pada ~nya yang sebenarnya berlaku atau terdapat, pada praktiknya, pada kebiasaannya:
pada ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yang dibenarkan bergerak dalam sesebuah ladang;

2. perbuatan baik, kebajikan;

pengamalan
1. perihal mengamalkan:
~ sistem perhambaan;

2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu;

3. pelaksanaan;

pengamal orang yang bergiat dalam sesuatu profesion (sebagai pekerjaan sehari-harinya):
~ perubatan;
~ undang-undang.

am I

1. berkaitan dengan semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kepada orang atau golongan tertentu), umum (lawan khas):
hari kelepasan ~;
kebajikan ~;
orang ~
orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa;

2. tidak terbatas atau terkhusus kepada sesuatu bidang (lapangan dan sebagainya) tertentu:
pengetahuan ~ ;
perkara-perkara ~;

mengamkan menyediakan dan sebagainya untuk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhususkan).