analogi

kias, perbandingan (yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya);
menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan);

beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sebagai analogi:
kesimpulan yang ~ fakta-fakta yang belum pasti kesahihannya;

menganalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sebagai analogi.

analog

1. sesuatu yang merupai sesuatu yang lain;

2. berkenaan sifat alat yang pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yang berubah-ubah (seperti voltan, arus, dan lain-lain) untuk mewakili nombor.

analisis

penyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam:
~ natrium klorida;
menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yang lama, penelitian dan ~ yang tajam dalam semua segi;
~ kos faedah (Ekonomi) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan perusahaan tersebut;
~ kualitatif
(Kimia) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik untuk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dan lain-lain;
~ kuantitatif (Kimia) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik untuk menentukan kuantiti setiap juzuk yang diketahui terdapat di dalam sesuatu sebatian atau larutan;
~ nisbah

(Ekonomi) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yang diperoleh daripada maklumat kewangan organisasi tersebut;
~ penyata kewangan (Ekonomi) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat daripada kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan lain-lain;
~ pulang modal (Ekonomi) penilaian banyaknya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran untuk menentukan untung rugi keluaran tersebut;
~ sistem (Komputer) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem untuk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara untuk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dengan berkesan;
~ volumetri (Kimia) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu;

menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dan lain-lain):
darah harus diambil daripada kedua-dua ibu bapa untuk dianalisis;
bahkan buku tatabahasa yang ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap;
~ teks yang digunakan sebagai data;

penganalisisan perbuatan (proses) menganalisis:
pengumpulan dan ~ maklumat;
~ sebuah cerita yang mudah;

penganalisis orang (pihak) yang menganalisis:
kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat.

analis

[Indonesia-Belanda] jurucerakin, pakar kimia yang menjalankan penyelidikan (membuat analisis di makmal dan sebagainya).

analgesik

(Perubatan) ubat yang dapat meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran.

anakronisme

1. seseorang (sesuatu) yang ketinggalan zaman;

2. kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, dan lain-lain pada zaman yang sebenarnya.