~-celus keluar masuk (rumah dan lain-lain), celam-celum.
Author Archives: admin
celaru
bercelaru tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dan lain-lain), kacau-bilau:
rancangan kita yang ~ ini;
mencelarukan menyebabkan celaru, mengacau-bilaukan:
~ fikiran;
kecelaruan perihal bercelaru (berkenaan (dengan) keadaan, fikiran, dan lain-lain), keadaan kacau-bilau:
~ yang wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan.
celar, celari
[arkaik];
kain ~ sejenis kain (sarung) sutera yang bersulam benang emas pada tepinya.
celapak II
[Kedah] cepat-cepat, lekas-lekas, (dengan) segera:
penyamun-penyamun itu ~ masuk ke rumah Pak Ali.
celapak I
mencelapaki mengangkangi:
lembu itu ~ dan menanduk dia;
mencelapakkan mengangkangkan:
dia ~ anak kecil itu di pinggangnya;
tercelapak (jatuh, duduk) terkangkang: jatuhlah ia ~ pada belakang ikan alu-alu.
celangap
[Jakarta] terbuka atau ternganga (berkenaan (dengan) mulut).
celangak II
~-celinguk [Jakarta] menengok-nengok ke kiri kanan (kerana berasa hairan, asing, dan lain-lain).
celangak I
terbuka luas (berkenaan (dengan) pintu dan lain-lain);
mencelangakkan membuka luas-luas.
celang
mencelang terbuka luas (berkenaan (dengan) mata), terbeliak, terbuntang:
matanya ~;
mencelangkan membuka (mata) luas-luas, membuntangkan, membeliakkan:
adik tidak berani bersuara apabila ayah ~ matanya.
celanat
[bahasa percakapan] kata makian, celaka.