[Kedah] bakul bersegi empat (tempat padi).
Author Archives: admin
cela II
[Minangkabau] sejenis kain kasar;
= cele.
cela I
1. kekurangan, cacat, cedera:
tidak ada cacat ~nya sedikitpun;
2. aib, noda (berkenaan (dengan) perbuatan dan lain-lain);
3. kecaman, kritik:
puji dan ~ tidak bercerai;
bercela mempunyai cela (cacat dan lain-lain);
mencela mengecam, mengkritik (dengan memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat:
mengapa kau ~ dia?
cela-mencela saling mencela, caci-mencaci;
tercela tercacat, dapat (patut) dicela:
kelakuannya tidak ~;
celaan kecaman, kritikan (yang memburuk-burukkan sahaja), cacian;
kecelaan
1. cela, cacat, kecacatan;
2. keaiban:
mendatangkan ~ kepada keluarga;
berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela;
pencelaan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencela;
pencela orang yang mencela, pengkritik (yang suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci.
cekut
secekut sebanyak yang dapat dicekut, sejemput:
dia mengambil ~ nasi lalu disuapkannya ke dalam mulut anak itu;
mencekut mengambil (mencekup, memegang) sedikit dengan hujung jari yang dikatupkan:
anak itu ~ sedikit nasi lalu memakannya.
cekur II
sejenis tumbuhan (umbinya dibuat ubat), Kaempferia galanga;
~ manis sejenis tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans;~ jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi (peribahasa) masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar;
memanjat pokok ~ boleh mati jatuh (peribahasa) menerima kesusahan (hukuman) yang berat daripada kesalahan yang sedikit.
cekur I
cekung lekuk atau cengkung (mata, pipi, dan lain-lain), lekuk melengkung di tengah-tengah (cermin dan lain-lain):
jika permukaannya melengkung ke dalam, cermin itu dinamakan cermin ~.
cekup IV
sejenis burung;
~ belukar sejenis burung, Phylloscopus reguloides;
~ dahan sejenis burung, Phylloscopus coronatus.
cekup III
~ puyuh sejenis permainan kanak-kanak.
cekup II
mencekup
1. mencakup (dengan mulut);
2. mengambil dengan hujung jari, mencekup.
cekup I
mencekup
1. menutupkan tapak tangan atas sesuatu, menangkap (lalat, belalang, dan lain-lain) dengan tapak tangan;
2. [kiasan] menawan atau menangkap (orang dan lain-lain).