[Kelantan] kurang sedap untuk dimakan, kurang masak (empuk dan lain-lain).
Author Archives: admin
cepumas
jumlah nilai hadiah (biasanya berupa wang terkumpul) yang terbesar yang mungkin dimenangi dalam sesuatu permainan, pertaruhan, dan sebagainya.
cepulan
sejenis tumbuhan (herba), letup-letup, Physalis minima.
cepuk II
1. bunyi seperti bunyi orang menghempas kain sewaktu membasuh dan lain-lain;
2. pukulan;
mencepuk, mencepuk-cepuk
1. menepuk-nepuk air;
2. memukul:
dicepuk dengan kasut.
cepuk I
sejenis kotak kecil (dibuat daripada kayu, logam, dan lain-lain) sebagai bekas makanan (tembakau dan lain-lain).
cepuh
mencepuh mencelup sesuatu dalam benda cair yang panas.
cepuah, cepuas
kotor (seperti kena arang dan lain-lain), comot.
cepua
berubah warna muka (kerana malu dan lain-lain).
cepu
1. sejenis cembul untuk tempat tembakau dan lain-lain (dibuat daripada perak, kayu, dan lain-lain);
2. sejenis kotak daripada mengkuang dan lain-lain (untuk membawa makanan, pakaian, dan lain-lain);
~ debunga bahagian stamen yang mengandungi debunga, anter;
bagai ~ dengan tudungnya (peribahasa) sesuai benar (cocok sekali).
ceporah
[Kelantan] kotor pada mulut (seperti berlumur lumpur dan lain-lain).