terjuntai ke bawah (berkenaan (dengan) tanduk).
Author Archives: admin
cepatu
[arkaik] = sepatu I.
cepat
1. laju, deras, kencang, pantas (berkenaan (dengan) gerakan, waktu, kejadian, dan lain-lain):
langkahnya makin ~;
jentera tersebut berpusing dengan ~nya;
~ sekali berakhirnya pertunjukan itu;
2. lebih lekas atau terdahulu (berkenaan (dengan) jam):
jam ini ~ empat minit;
3. lekas, segera:
dia yang ~ sekali pergi ke sekolah;
~ bangun pagi;
~ kaki pantas berjalan;
~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dan lain-lain;
~ kiri kidal;
~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dengan tidak difikirkan lebih dahulu;
~ marah lekas marah;
~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dan lain-lain);
~ tangan suka mencuri;
~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan (peribahasa) jika melakukan sesuatu dengan tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;
secepat ~ kilat sangat cepat (seperti kilat);
~ mungkin seberapa cepat yang dapat, selekas mungkin;
cepat-cepat dengan pantas sekali, dengan sangat cepat:
Mak Limah ~ mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya yang lusuh;
mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat untuk pergi ke sekolah;
secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya;
bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat.
1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat;
2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa:
tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang;
mencepat menjadi cepat;
mencepatkan
1. melakukan (mengerjakan dan lain-lain) dengan cepat, menderaskan, mengencangkan:
aku pun ~ langkahku;
2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu:
rumah yang ~ mereka kaya;
mempercepat menjadikan lebih cepat;
cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dalam unit masa tertentu, pecutan;
kecepatan
1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dan lain-lain), kelajuan:
~ putaran jentera itu dikendurkan;
ia menjalankan keretanya dengan ~ 50 km sejam;
2. [Jakarta] terlalu cepat;
pencepatan perihal mencepatkan;
pencepat alat untuk mencepatkan atau mempercepat gerakan sesuatu.
cepak
bunyi seperti bunyi orang makan, cecap;
mencepak, mencepak-cepak mengecap-ngecap (ketika makan atau minum):
dia ~ kesedapan.
ceongsam
[Cina] sejenis pakaian wanita Cina berbelah di tepi dan berleher kepuk;
berceongsam berpakaian ceongsam.
CEO
[kependekan] Chief Executive Officer (Ketua Pegawai Eksekutif, iaitu pegawai tertinggi yang menerajui pengurusan sesebuah syarikat, perbadanan dan sebagainya).
cenuram
[Kedah] lurah (lereng bukit dan lain-lain yang curam).
cenung
tercenung, tercenung-cenung termenung(-menung), termangu-mangu:
sekalian cucu kembali ~ dan berpandangan sesama sendiri apabila memikirkan perkara itu.
cenuk
[Kedah];
minyak ~ minyak yang diperoleh daripada pohon tengkawung, minyak kawang.
cenua
[Kelantan] sejenis tangkal (guna-guna) untuk membuat orang jatuh kasih, ubat pengasih.